MOGA DAPAT KITA BANTU

Gambar rumah ini mungkin pernah kami kongsi dahulu sebagai salah satu penerima sumbangan asnaf. Terakhir sewaktu beri bantuan Ramadan baru-baru ini. Lama dah mereka bisik minta bantuan baiki rumah sebab terlalu uzur dan merbahaya untuk diduduki. Mana nak jangka, rumah ini roboh semalam dek angin yang khabarnya tak sekuat mana pun.

MISI BANTUAN RAMADHAN @ CAMBODIA

Pada Ramadhan 1444H, Ladiis telah menyalurkan bantuan berbentuk bungkusan makanan asas kepada masyarakat fakir dan miskin di sebuah lokasi di Cambodia.

TANAH SELESAI DIRATAKAN

Tanah seluas 3 ekar ini telah diratakan & dibersihkan bagi membolehkan projek ini bergerak ke fasa seterusnya iaitu pembinaan tapak bagi bangunan-bangunan seperti yang dilampirkan di dalam gambar ke-2.

KHABAR DARI CAMBODIA

Di dalam video ini adalah penggerak-penggerak bagi projek pembinaan sebuah sekolah menengah, Akademi At-Tajdid di Cambodia. Gambaran lokasi juga disertakan di dalam video ini. Kami ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk turut sama merealisasikan projek ini, insha Allah, klik butang di bawah ini untuk menyumbang.

UKUR TANAH & PROSES PEMBELIAN TANAH

Alhamdulillah urusan ukur tanah dan juga proses pembelian tanah yang akan dijadikan tapak pembinaan Akademi At-Tajdid Cambodia telah selesai dilaksanakan. Jazakumullah khair diatas sumbangan para dermawan sekalian.

PEMBINAAN AKADEMI AT-TAJDID

Bermulanya misi pembinaan Akademi At-Tajdid Cambodia – Sebuah sekolah menengah untuk pelajar fakir miskin di Cambodia yang bertujuan untuk menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti insha Allah.

BANTUAN MANGSA BANJIR DI JOHOR

Alhamdulillah dengan dana yang berjaya dikumpul sehingga hari ini melalui klik tuan puan di toyyibpay.com/danaladiis , kami telah salurkan bantuan kepada mangsa banjir di Johor. Kami telah menyantuni mangsa banjir di Simpang Renggam, PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Linau dan juga Kota Tinggi.